Kamis, 11 November 2010

Berzikir

JANGAN
MENINGGALKAN ZIKIR
LANTARAN ENGKAU
BELUM SELALU INGAT
KEPADA ALLAH S.W.T
KETIKA BERZIKIR,
SEBAB KELALAIAN
KAMU TERHADAP
ALLAH S.W.T KETIKA
TIDAK BERZIKIR LEBIH
BAHAYA DARIPADA
KELALAIAN KAMU
TERHADAP ALLAH
S.W.T KETIKA KAMU
BERZIKIR. SEMOGA
ALLAH S.W.T
MENAIKKAN DARJAT
KAMU DARIPADA
ZIKIR DENGAN
KELALAIAN KEPADA
ZIKIR YANG DISERTAI
INGAT KEPADA ALLAH
S.W.T, DAN MUDAH-
MUDAHAN ALLAH
S.W.T AKAN
MENGANGKAT KAMU
DARIPADA ZIKIR YANG
BESERTA KEHADIRAN
ALLAH S.W.T DI
DALAM HATI KAMU
KEPADA ZIKIR DI
MANA LENYAPNYA
SEGALA SESUATU
SELAIN ALLAH S.W.T.
HAL YANG DEMIKIAN
ITU TIDAKLAH SUKAR
BAGI ALLAH S.W.T.
Empat keadaan yang
berkaitan dengan zikir:
1: Tidak berzikir
langsung.
2: Berzikir dalam
keadaan hati tidak ingat
kepada Allah s.w.t.
3: Berzikir dengan
disertai rasa kehadiran
Allah s.w.t di dalam
hati.
4: Berzikir dalam
keadaan fana dari
makhluk, lenyap segala
sesuatu dari hati, hanya
Allah s.w.t sahaja yang
ada.
Bukanlah sukar bagi
Allah s.w.t untuk
mengubah suasana hati
hamba-Nya yang
berzikir dari suasana
yang kurang baik
kepada yang lebih baik
hingga mencapai yang
terbaik.
Kerohanian manusia
berada dalam
beberapa darjat, maka
suasana zikir juga
berbeza-beza,
mengikut darjat
rohaninya. Darjat yang
paling rendah adalah si
raghib yang telah tenat
dikuasai oleh syaitan
dan dunia. Cahaya api
syaitan dan
fatamorgana dunia
menutup hatinya
sehingga dia tidak
sedikit pun mengingati
Allah s.w.t. Seruan,
peringatan dan ayat-
ayat Allah s.w.t tidak
melekat pada hatinya.
Inilah golongan Islam
yang dijajah oleh sifat
munafik. Golongan ini
tidak berzikir langsung.
Golongan kedua
berzikir dengan lidah
tetapi hati tidak ikut
berzikir. Lidah
menyebut nama Allah
s.w.t, tetapi ingatan
tertuju kepada harta,
pekerjaan, perempuan,
hiburan dan lain-lain.
Inilah golongan orang
Islam yang awam.
Mereka dinasihatkan
supaya jangan
meninggalkan zikir
kerana dengan
meninggalkan zikir
mereka akan lebih
dihanyutkan oleh
kelalaian.. Tanpa zikir,
syaitan akan lebih
mudah memancarkan
gambar-gambar tipuan
kepada cermin hatinya
dan dunia akan lebih
kuat menutupinya. Zikir
pada peringkat ini
berperanan sebagai
‘ juru ingat’. Sebutan
lidah menjadi teman
yang mengingatkan
hati yang lalai. Lidah
dan hati berperanan
seperti dua orang yang
mempunyai minat yang
berbeza. Seorang
enggan mendengar
sebutan nama Allah
s.w.t, sementara yang
seorang lagi
memaksanya
mendengar dia
menyebut nama Allah
s.w.t. Sahabat yang
berzikir (lidah) mestilah
memaksa bersungguh-
sungguh agar
temannya (hati)
mendengar ucapannya.
Di sini terjadilah
peperangan di antara
tenaga zikir dengan
tenaga syaitan yang
disokong oleh tenaga
dunia yang cuba
menghalang tenaga
zikir dari memasuki
hati.
Golongan yang ke tiga
pula adalah mereka
yang tenaga zikirnya
sudah berjaya
memecahkan dinding
yang dibina oleh
syaitan dan dunia.
Ucapan zikir sudah
boleh masuk ke dalam
hati. Tenaga zikir
bertindak menyucikan
hati daripada karat-
karat yang melekat
padanya. Pada mulanya
ucapan zikir masuk ke
dalam hati sebagai
sebutan nama-nama
Allah s.w.t. Setelah
karat hati sudah hilang
maka sebutan nama-
nama Allah s.w.t akan
disertai oleh rasa
mesra yang
mengandungi
kelazatan. Pada
peringkat ini zikir tidak
lagi dibuat secara
paksa. Hati akan
berzikir tanpa
menggunakan lidah.
Sebutan nama-nama
Allah s.w.t
menghalakan hati
kepada Empunya
nama-nama, merasai
sifat-sifat-Nya
sebagaimana
dinamakan.
Golongan ke empat
ialah mereka yang
telah sepenuhnya
dikuasai oleh Haq atau
hal ketuhanan. Mereka
sudah keluar dari
sempadan alam
maujud dan masuk ke
dalam hal yang tidak
ada alam, yang ada
hanya Allah s.w.t.
Tubuh kasar mereka
masih berada di atas
muka bumi, bersama-
sama makhluk yang
lain. Tetapi,
kesedarannya terhadap
dirinya dan makhluk
sekaliannya sudah tidak
ada, maka kewujudan
sekalian yang maujud
tidak sedikit pun
mempengaruhi hatinya.
Mereka karam dalam
zikir dan yang
dizikirkan. Mereka yang
berada pada tahap ini
telah terlepas dari
ikatan manusiawi dan
seterusnya mencapai
penglihatan hakiki mata
hati, sebagaimana yang
telah dinyatakan ketika
membincang Hikmat
45.
Mereka yang
mempunyai
penglihatan hakiki mata
hati ada dua jenis. Jenis
pertama adalah yang
mempunyai nama dan
tabir penutup. Hijab
nama (asma ’) tidak
terangkat lalu dia
melihat di dalam hijab.
Dia melihat Allah s.w.t
pada apa yang
menghijabkannya.
Zikirnya ialah nama
yang padanya dia
melihat Allah s.w.t.
Jenis kedua pula ialah
yang berpisah dengan
nama dan hijab, lalu dia
melihat Allah s.w.t dan
merasakan ketenangan
dengan penglihatan itu.
Pada ketika itu tidak
sepatah pun ucapan
yang terucap olehnya
dan tidak sepatah pun
kalam yang terdengar
padanya. Dia melihat
nama itu tidak
mempunyai kekuatan
hukum apa pun selain-
Nya. Bila nama
dinafikan tibalah pada
wusul (sampai). Bila
tidak terlintas lagi
nama tibalah pada
ittisal (perhubungan).
Nama yang tidak lagi
terlintas disebabkan
kuatnya tarikan dari
yang dinamai. Makam
ini dinamakan makam
al-Buhut (kehairan-
hairanan), kerana dia
melihat Allah s.w.t
dalam kehairan-
hairanan, tiada ucapan
kecuali pandangan.
Inilah makam terakhir
di mana semua hati
terhenti di situ. Ia
adalah tingkatan
tertinggi tentang
kecintaan terhadap zat
Ilahiat.
Pada tahap ini Nur-Nya
memancar, menyinar,
menjulang naik ke
lubuk hati. Peringkat ini
sudah tiada zikir dan
tiada pula yang berzikir,
hanyalah memandang
bukan berzikir dan tiada
berbalik kembali
pandangannya. Inilah
hal yang dikatakan
faham dengan tiada
huraian
pemahamannya dan
mencapai dengan tiada
sesuatu pencapaiannya.
Insan di dalam hal ini
sudah tidak lagi
memohon fatwa, tidak
memohon perkenan,
tidak meminta
pertolongan dan
ucapan juga tiada.
Baginya setiap sesuatu
adalah ilmu dan setiap
ilmu adalah zikir. Inilah
hamba yang telah
benar-benar berjaya
menghimpun semua
makam dan martabat.
Dia sudah melihat
takdir-takdir dan
melihat bagaimana
Allah s.w.t menghalau
takdir demi takdir dan
melihat bagaimana
Allah s.w.t mengulangi
takdir-takdir itu dengan
berbagai-bagai cara
yang dikehendaki-Nya
kerana sesungguhnya
Allah s.w.t sahaja yang
memulakan penciptaan
dan Dia juga yang
mengulanginya.
Penglihatannya tidak
berbolak-balik lagi. Dia
melihat Allah s.w.t di
hadapan dan di
belakang apa yang
dilihatnya dan melihat
Allah s.w.t dalam
segala yang dilihatnya.
Apabila kerinduan
terhadap Allah s.w.t
telah menguasai hati
seseorang hingga
kepada tahap tiada
ucapan yang boleh
diucapkan maka
keadaan itu dikatakan
melihat Allah s.w.t
yang tiada sesuatu yang
menyamai-Nya,
sebagaimana firman-
Nya:
Tiada sesuatupun yang
sebanding dengan (Zat-
Nya, sifat-sifat-Nya,
dan pentadbiran)-Nya,
dan Dia jualah Yang
Maha Mendengar lagi
Maha Melihat. ( Ayat
11 : Surah asy-Syura )

Tidak ada komentar: